Selamat Tinggal Coinbase Pro!! Coinbase Umum Transformasi Baharu

336

Pertukaran mata wang kripto utama Coinbase memaklumkan akan mengubah pengalaman pengguna di platformnya dan akan menghentikan perkhidmatan Coinbase Pro secara beransur-ansur.

Di sisi lain, syarikat itu melancarkan aplikasi mudah alih Wallet yang direka bentuk semula yang memudahkan pengguna mengakses dan menggunakan aplikasi terdesentralisasi (dapps) dan juga membolehkan sokongan untuk Solana.

Coinbase menyatakan bahawa mereka mahukan semua perkhidmatannya di bawah ‘bumbung’ yang sama. Atas dasar itu, Coinbase secara beransur-ansur akan berhenti membenarkan pengguna mengakses platform dagangan profesional Coinbase Pro. Justeru itu, pelanggan boleh menggunakan, meminjam dan menyimpan mealui dompet dapp dan Kad Coinbase di platform utama.

Pertukaran itu menyatakan bahawa pihak mereka akan menambah ‘advance trade’ dalam aplikasi mudah alih Coinbase bersama-sama dengan penambahbaikan lain untuk menjadikan ‘advance trade’ boleh diakses untuk setiap pelanggan” pada minggu-minggu berikutnya.

“Advanced Trade menawarkan analisis teknikal yang lebih mendalam, pesanan masa nyata lanjutan dan carta yang disokong oleh TradingView untuk membantu pelanggan menyelidik dan menganalisis pasaran kripto sebelum membuat keputusan pelaburan.” – Coinbase

Bursa kripto juga mengumumkan perubahan dompet melalui catatan blog rasmi mereka pada hari Rabu (22 Jun 2022). Menurut Coinbase, aplikasi mudah alih Wallet baharu tersedia pada 22 Jun dan lebih ramai pengguna akan mengakses aplikasi dalam beberapa minggu akan datang.

Kemaskini baharu hadir dengan penyemak imbas dapp baharu, tatapan mod gelap dan carta harga. Pengguna juga boleh menerokai protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi), permainan play-to-earn (P2E), dan seterusnya menawarkan fungsi yang membolehkan transisi antara dapps pada rangkaian berbeza.

Coinbase juga menambah sokongan untuk rangkaian Solana, dengan menyatakan:

“Dengan sokongan untuk menghantar, menerima dan menyimpan token SOL dan SPL, anda tidak lagi memerlukan berbilang aplikasi dompet untuk aktiviti web3″.

Aplikasi yang dirombak itu juga bertujuan untuk meluaskan akses untuk berbilion orang di seluruh dunia dengan 25 bahasa sokongan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat