Selamba Je Meta Bagi Pekerja Yang Tak Suntik Booster Masuk Pejabat

344

‘Sekejap nak kena booster, sekejap tak payah. Pening pekerja Facebook dibuatnya.’

Meta Platform Inc yang dulunya Facebook kini membenarkan pekerjanya yang tidak mengambil suntikan ke-3 atau suntikan penggalak (booster shot) Covid-19 untuk memasuki pejabat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut jurucakap Meta, Tracy Clayton, Meta telah mengemaskini keperluan syarikat pada awal Mac untuk diselaraskan dengan panduan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan kini ia membenarkan mereka yang masih belum menerima booster memasuki pejabat namun pengambilan suntikan tersebut adalah digalakkan.

Umumnya, syarikat media sosial itu sebelum ini hanya membenarkan para pekerjanya yang sudah menerima suntikan booster dengan lampiran bukti sahaja untuk memasuki pejabat sementara syarikat memantau situasi varian Omicron.

Dalam satu berita berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta selesa dipanggil ‘lelaki pendosa’ apabila para pekerjanya membandingkan dirinya dengan ‘Eye of Sauron’.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Eye of Sauron adalah watak antagonis dalam siri utama Lord of the Rings yang menjadi simbol kepada elemen kejahatan tulen.

Dalam satu temu ramah bersama Tim Ferriss, CEO itu mendedahkan bahawa pekerjanya merujukkan dirinya sebagai Eye of Sauron dan beliau dilihat menggemari perbandingan tersebut.
Terangnya, istilah tersebut telah diberikan kepada dirinya kerana beliau ‘memberi sejumlah tenaga yang tidak berkesudahan untuk mengerjakan sesuatu’.

Tambah beliau lagi, dia sering cuba memberi maklum balas segera dalam persekitaran kerjanya dan menyampaikan secara terus adalah lebih baik daripada menjadualkan mesyuarat.

Senang cerita sifat Mark Zuckerberg ‘melemaskan’ para pekerjanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat