Selamba Macam Tu Je GBP/USD Terjun 200 Pips Pagi Ni!

336

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah memperlihatkan harga menjunam 200 pips di sesi Asia selepas memanjat ke paras ketinggian 1.31400 sebelumnya.

Pergerakan tersebut bertentangan corak kenaikan harga yang dipamerkan pada dagangan Selasa semalam dengan kenaikan harian dicatatkan sekitar 160 pips.

Pada sesi Asia pagi ini, dapat dilihat harga menjunam 200 pips dalam masa 3 jam bermula 8 pagi (waktu tempatan) sehingga menguji semula paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam.

Namun setakat jam 11.30 pagi, pergerakan harga mula perlahan dan berlegar di sekitar paras tumpuan 1.3000.

Pergerakan harga masih dipacu oleh keputusan undian semasa pilihan raya Presiden AS dengan jangkaan pergerakan tidak menentu harga akan berterusan sehingga ke sesi berikutnya.

Keputusan saling berubah-ubah dengan menyaksikan perubahan angka undian yang tipis menyukar pelabur membuat jangkaan siapakah yang bakal memenangi pilihan raya untuk menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Sukar untuk meramalkan pergerakan harga dalam masa terdekat dengan pelbagai corak yang tidak dijangka boleh berlaku.

Beri tumpuan pada zon support 1.29000 sehingga ke support 1.27600 sekiranya harga kekal membuat terjunan lebih rendah.

Sementara kenaikan harga yang melonjak tinggi akan menjadi paras resistance 1.32000 seterusnya 1.33000 sebagai destinasi tumpuan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat