Selepas 3 Minggu Penurunan, EUR/USD Pamer Isyarat Awal Kenaikan Harga

356

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama EUR/USD mula menunjukkan tanda-tanda awal kenaikan harga setelah siri penurunan memasuki minggu ketiga.

Dolar Euro kekal diniagakan lemah beberapa minggu kebelakangan ini berikutan tekanan oleh kenyataan Presiden AS Donald Trump berhubung tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Penurunan yang mencecah paras terendah 3 minggu pada 1.09900 Rabu lalu gagal turun ke paras lebih rendah sebelum kenaikan harga dipamerkan.

Setelah keputusan mesyuarat FOMC diumumkan, pasaran tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan pergerakan bagi matawang US dolar perlahan.

Malah, harga yang telah bergerak di atas paras garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, dilihat membuat kenaikan lebih tinggi menuju 1.10400 pada zon SBR (support become resistance) sesi New York semalam.

Namun, harga kembali bergerak menurun bersambung pada dagangan hari ini menguji semula paras sokongan dinamik MA50.

Penurunan lebih rendah dijangka akan menguji semula zon support di bawah paras 1.10000 sebelum ini sebelum harga meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Namun jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga yang melepasi zon SBR 1.10400 bakal menuju paras tumpuan sekitar 1.10700. Paras tersebut juga dilihat sebagai zon SBR pada carta EUR/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat