Selepas 4 Tahun, Mesin ATM Kripto Kembali Semula Ke Jepun

286

Mesin ATM kripto atau lebih dikenali sebagai BTM telah muncul di Jepun selepas penggunaan tidak aktif selama empat tahun.

Firma pertukaran kripto tempatan, Gaia Co., Ltd telah membuat pengumuman pada Selasa bahawa mesin BTM boleh membuat pembayaran menggunakan Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).

Walaupun ATM Bitcoin telah diperkenalkan di Tokyo pada awal tahun 2014, aset digital dilihat sudah tidak aktif di negara tersebut sejak tempoh kemerosotan pasaran kripto pada tahun 2018.

Malahan, pertukaran lokal Coincheck turut digodam dengan menanggung kerugian $530 juta, yang telah membawa sektor tempatan jatuh dan beralih minat kepada ATM kripto.

Mulanya, perancangan pemasangan BTM adalah di Tokyo dan Osaka, tetapi rancangan yang digariskan menegaskan supaya penyediaan 50 BTM di seluruh negara dalam tempoh 12 bulan.

Namun begitu, syarikat Gaia Co., Ltd berharap untuk meningkatkan pemasangan mesin BTM sebanyak 130 unit dalam jangka masa 3 tahun.

BTM membenarkan pengguna mengeluarkan maksimum $787, atau ¥100,000 untuk setiap transaksi yang dibuat dengan pengeluaran jumlah maksimum harian sebanyak $2,243, atau ¥300,000.

Had pengeluaran yang ditetapkan adalah sebahagian daripada langkah pencegahan pengubahan wang haram (AML) sebagai pematuhan.

Tindakan Gaia ini menandakan sebagai syarikat pertama kripto yang mendaftarkan ATM kripto di Jepun. Bagi mengeluarkan dana BTM, pengguna perlu mendaftar dengan syarikat untuk memiliki kad khas..

Apabila diterima, pengguna akan menghantar kripto aset tersebut kepada BTM melalui telefon pintar dan akan mengeluarkan jumlah tunai melalui yen. Tambahan pula, BTM akan mempercepatkan lagi proses pengeluaran semasa di sesebuah negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat