Selepas Bergerak Mendatar, GBP/USD Meneruskan Kenaikan Semula

476

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD lebih mendatar pada Selasa selepas pergerakan lebih agresif pada awal minggu.

Awal minggu menampilkan penurunan semula harga selepas kenaikan pada minggu lalu menguji zon resistance 1.36000.

Namun penurunan harga tidak berjaya diteruskan apabila harga bergerak mendatar semalam berlegar di sekitar paras 1.35000 menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Sentimen Brexit dilihat masih positif selepas persetujuan dicapai minggu lalu namun pelabur kekal berwaspada dengan beberapa isu yang dikatakan masih belum diselesaikan.

Sesi Asia pada hari ini (Rabu) kembali melihatkan harga membuat kenaikan melepasi zon 1.35000 dan juga halangan dinamik MA50 ke paras sekitar 1.35400 setakat jam 12.00 tengahari waktu tempatan.

Kenaikan harga dilihat akan menguji sekali lagi zon resistance pada 1.36000 sebelum harga yang berjaya meneruskan kenaikan bakal merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.

Namun sentimen Brexit kembali berisiko, harga bakal menjunam semula menuju paras sokongan pada 1.34000.

Penurunan lebih rendah pula boleh mencecah sehingga ke paras 1.33000 sebelum ke zon support 1.32000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat