Selepas ‘BITO’ ProShares, Lagi Satu ETF Bitcoin Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan!

937

Firma pengurusan pelaburan global, VanEck sudah bersedia untuk melancarkan ETF Bitcoin pada minggu hadapan selepas menerima kelulusan daripada Securities and Exchange Commision (SEC) semalam.

Ini bermakna, VanEck akan menjadi syarikat kedua yang melancarkan ETF Bitcoin selepas ProShares.

Sebagai rekod, firma ini telah memohon ETF Bitcoin pada Ogos. Melalui dana ini, pelabur akan didedahkan kepada Bitcoin (BTC) menerusi kontrak niaga hadapan.

Dijadualkan pelancarannya pada Isnin, selepas 23 Oktober seperti yang diperintah SEC.

Keterujaan khabar ini sama seperti ketika ProShares mengumumkan pelancaran ETF Bitcoin pada Selasa.

Dilaporkan jumlah perdagangan kontrak niaga hadapan di bawah ticker BITO mencapai rekod $1 bilion sebaik sahaja dilancarkan.

Tidak cukup dengan itu, harga BTC juga mencatatkan pergerakan yang positif sehingga tembus ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $67,000 semalam.

Pengerusi SEC, Gary Gensler ada menjelaskan sebab agensi itu memberi ‘kebenaran’ ETF Bitcoin dalam pasaran adalah kerana mereka “mengalu-alukan inovasi teknologi tanpa mengabaikan perlindungan pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat