Bitcoin (BTC) Tembus Tinggi Dengan Rekod ATH Terbaru, $67,000!

708

Bitcoin (BTC) mengambil masa enam bulan sebelum merekodkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu, $66,909 pada malam tadi waktu tempatan.

ATH terdahulu, $64,863 telah direkodkan pada April, menjadikan lonjakan ini sebanyak 3% kepada paras hampir $67,000.

Bagaimanapun ketika penulisan, BTC kembali didagangkan di paras rendah pada $64,824, dengan lonjakan 1.54% dalam 24 jam.

Prestasi Bitcoin pada masa yang sama turut mendorong pergerakan positif harga altcoins:

  • Nexo (NEXO): +19.08%, didagangkan pada $2.13
  • Litecoin (LTC): +10.58%, didagangkan pada $206.71
  • Ethereum (ETH): +8%, didagangkan pada $4,185.
  • Solana (SOL): +17.40%, didagangkan pada $183.36

Satu-satunya faktor utama yang mendorong kepada pergerakan positif Bitcoin dapat dilihat pada pelancaran ETF Bitcoin oleh ProShares baru-baru ini.

Kehadiran ETF berdasarkan matawang kripto juga secara tidak langsung mampu mencetuskan pertumbuhan harga aset-aset kripto.

Lagi-lagi ini merupakan ETF Bitcoin pertama yang diluluskan oleh Securities and Exchange Commission (SEC) sejak permohonan awal dikemukakan pada 2017, sudah tentu ia mengujakan peminat dan pelabur Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat