Selepas BOE Kecewakan Pasaran, Ke Mana Hala Tuju GBP/USD?

399

Memantau kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga dilihat telah memapar terjunan pada awal sesi Eropah (Jumaat) selepas hanya bergerak perlahan dan mendatar pada sesi Asia sebelumnya.

Terjunan harga pada Jumaat dilihat menyambung momentum junaman harga pada Khamis susulan keputusan mengecewakan oleh bank pusat England yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi yang terbaru.

Penurunan tersebut juga tampaknya hampir sahaja untuk menjejaki zon sokongan paling kukuh setelah dicapai pada penghujung September sekitar 1.34000 sekaligus telah merekodkan paras terendah 2021.

Namun memasuki ke sesi New York (Jumaat), pergerakan harga kembali meningkat ke zon SBR (support become resistance) 1.35000 serta kekal didagangkan di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Tampaknya matawang USD sedikit gagal dalam memanfaatkan peluang untuk mengukuh meskipun penerbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan positif dengan pertambahan pekerjaan pada bulan Oktober melepasi jangkaan dan juga penurunan pada kadar pengangguran.

Akan tetapi faktor kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) serta kemerosotan hasil perbendaharaan AS 10 tahun telah membantutkan nilai USD daripada terus menguat.

Matawang Pound pula nampaknya mengambil kesempatan dan ruang untuk mengukuh setelah terpalit kekecewaan berikutan keputusan Bank of England (BOE) yang mengekalkan kadar faedah tersebut.

Jika penerbitan data NFP AS berdaya untuk merangsang USD dalam mencatat pengukuhan pada minggu ini, dijangka zon sokongan 1.34000 akan sekali lagi menjadi fokus utama bagi pelabur menilai reaksi bagi pergerakan harga berikutnya.

Momentum penurunan yang lebih parah bakal menyaksikan pergerakan harga pada carta GBP/USD mampu merobek zon sokongan berkenaan untuk merekodkan paras terendah 2021 yang baharu.

Terlebih dahulu zon SBR 1.35000 berkemungkinan akan dijadikan sebagai zon terawal yang akan diuji sekiranya harga kembali memapar lonjakan ke zon SBR yang lebih tinggi lagi pada paras 1.36000.

Zon SBR 1.36000 itu juga akan dijadikan aspek terpenting kepada pelabur sama ada harga hanya membuat corak LH (lower high) atau berupaya dalam memberi isyarat yang jelas untuk perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat