Selepas DOGE Mencucuk Langit, Ini Antara Altcoin Pujaan Whales

1,115

Para pelabur berkemungkinan berminat membuat sejumlah pelaburan dalam altcoin susulan situasi memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) berjaya membuat pendakian pada minggu lalu.

Hal ini berikutan kerana memecoin tersebut dikatakan membuat lonjakan sebanyak 104% susulan berita Elon Musk telah mengambil alih platform media sosial Twitter pada 27 Oktober, yang turut memberi impak kepada pasaran kripto.

Kini, harga DOGE berlegar-legar pada zon harga $0.15 dan para pelabur menjangkakan bahawa harganya akan membuat kenaikan lagi ekoran terdapat ura-ura menyatakan bahawa Musk akan melancarkan pembayaran kripto untuk langganan Twitter.

Menurut influencer kripto Ran Neuner, whales kripto dikatakan telah membeli sejumlah altcoin semasa pam harga berlaku secara pantas, yang kini menyaksikan peningkatan pembelian altcoin.

Buktinya, kebanyakan whales telah membeli 3 altcoin antaranya Chainlink (LINK) yang sudah berada dalam julat pengumpulan sejak sekian lama.

Influencer menegaskan bahawa ini merupakan peluang keemasan para pelabur untuk mengaut LINK ekoran terdapat perubahan penting dalam tokenomics aset digital tersebut yang waktu ini didagangkan pada harga $7.76 dalam tempoh 24 jam lalu.

Mengikut modal pasaran, LINK berjaya mencapai kedudukan ke-21 manakala DOGE akan memberikan impak positif lagi sekiranya Twitter menambahkan pembaharuannya.

Sementara itu, Neuner turut menggalakkan pelabur membuat pembelian token Chilliz (CHZ) susulan ia merupakan antara token popular dalam kalangan peminat Piala Dunia FIFA.

Setakat penulisan ini, harga CHZ menyusut 0.82% pada $0.2192 dalam tempoh 24 jam lalu dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan berlangsung pada 20 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat