Selepas Harga Menjunam, GBP/USD Bakal Lengkapkan 200 Pips Lonjakan Semula

622

Matawang Pound Sterling menunjukkan pengukuhan berbanding US dolar pada dagangan penghujung minggu sementar pelabur menantikan keputusan rundingan Brexit bagi pusingan terbaru.

Pada sesi Eropah, data jualan runcit serta data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK akan dipantau yang bakal memacu gerakan Pound sehingga sesi New York berakhir.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD tampil paparkan kenaikan semula pada sesi New York semalam susulan penyusutan US dolar selepas data tuntutan pengangguran AS diterbitkan merosot.

Harga kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD dengan lonjakan lebih 150 pips yang memberi isyarat trend bullish harga semula.

Kenaikan harga bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat) dan bakal menuju ke paras ketinggian pada Rabu lalu sekitar 1.32650. Pergerakan harga perlahan di sesi Asia.

Paras resistance 1.32800 dilihat akan diuji dan menjadi paras penentu untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi atau kembali membuat penurunan semula jika rintangan tersebut gagal ditembusi.

Jika berjaya tembusi paras tersebut, harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Disember 2019.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras terendah mingguan pada sekitar 1.30650 akan dituju harga semula. Penurunan lebih rendah dijangkakan ke zon support pada 1.30000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat