Selepas Ini Pekerja Facebook Akan Digelar ‘Metamates’!

516

‘Tahukah anda, jika anda bekerja di Meta anda akan dipanggil Metamates.’

Meta Inc ambil serius langkah ke dunia metaverse dengan meminta para pekerjanya yang dahulu dikenali sebagai ‘Facebookers‘ ditukar panggilan ke ‘Metamates‘.

Umum mengetahui pada tahun lalu Facebook telah menjenama semula syarikatnya kepada Meta, maka bersempena dengan penukaran tersebut Meta Inc turut menukar moto baru.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Meta Inc, Mark Zuckerberg telah memperkenalkan moto baru syarikat iaitu ‘Meta, metamates, me’, yang mana menurut beliau diantara para pekerja mereka akan dipanggil sebagai Metamates.

Hujarnya, moto baharu itu selari dengan inspirasi pengurusan dan misi syarikat iaitu untuk menanam rasa tanggungjawab untuk mencapai kejayaan kolektif sebagai satu pasukan.

Moto tersebut dipercayai diambil dari pepatah tentera laut, ‘ship, shipmates, self’ yang pernah digunakan oleh Instagram buat seketika suatu masa dahulu.

Selain itu, Zuckerberg turut menukar nilai syarikat dari ‘move fast‘ kepada ‘move fast together‘ sebagai satu permulaan baharu bagi syarikatnya walaupun perjalanan menuju metaverse masih jauh.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, syarikat-syarikat gergasi Silicon Valley sering menggunakan jargon dan elemen budaya dalam moto atau nilai syarikat mereka, sebagai contoh Google yang menggunakan moto ‘Don’t be evil‘.

Berbalik semula kepada Metamates, ia mendapat reaksi bercampur dalam kalangan para pekerja Meta dan warga dunia, dimana terdapat sesetengah yang menyukainya dan ada sesetengah yang tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat