Selepas Ini Tiada Lagi NFT ETH PoW Di OpenSea

299

Ethereum Merge bakal dilancarkan dalam tempoh masa lima belas hari lagi, dengan objektif peralihan rangkaian Ethereum (ETH) kepada blockchain Proof-of-Stake (PoS) bagi menjadikannya lebih berskala dan cekap.

Secara konteks, OpenSea iaitu pasaran NFT terbesar di dunia menyatakan bahawa mereka akan menyokong NFT sekadar hanya pada rantaian Ethereum PoS yang dinaik taraf.

Selain daripada menyokong rantaian Ethereum PoS, OpenSea menyatakan sesungguhnya mereka dalam proses mengusahakan produk OpenSea bagi memastikan peralihan lancar.

Dalam pada itu, memandangkan perkembangan peningkatan Merge berjalan lancar mengikut rancangan, OpenSea juga tidak menjangkakan sebarang isu utama, namun begitu OpenSea akan sentiasa komited untuk memantau, mengurus serta berkomunikasi sepanjang masa.

Walaupun OpenSea bersedia beralih kepada Ethereum PoS, ia juga sedang melaksanakan perkembangan baharu dengan mengumumkan penggunaan blockchain Polygon untuk Protokol Seaport yang dilancarkan baru-baru ini bagi mengekalkan pasarannya.

Sebelum ini, Polygon pada OpenSea telah dikuasakan menggunakan protokol 0x, akan tetapi pertukaran kepada *Seaport membolehkan OpenSea mendapat infrastruktur yang lebih baik dan stabil.

* Seaport merupakan protokol pasaran Web 3.0 serba baharu yang membolehkan pembelian dan penjualan NFT

Tambahan daripada itu, selepas beberapa bulan memerhati impak Seaport serta mengumpul maklum balas, OpenSea bertindak memperkenalkan sokongan Polygon pada Seaport , malah mereka akan menambah sokongan untuk Klaytn dan lain-lain.

Diterangkan juga, fungsi protokol Seaport OpenSea berbeza daripada beberapa pasaran NFT lain kerana daripada transaksi *peer-to-peer,OpenSea menggunakan mekanisme tawaran serta pertimbangan.

*Peer-to-peer ialah model rangkaian di mana dua atau lebih komputer membentuk hubungan rangkaian yang tidak berstruktur dan tidak formal

Jelaslah, ini merupakan perjanjian lanjutan di mana pembeli boleh membekalkan item digital yang dipersetujui dalam Ethereum (ETH) atau ERC20, ERC721 dan ERC1155.

Malah, satu lagi faedah protokol Seaport ialah orang baharu yang mendaftar ke platform tidak perlu membayar yuran permulaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat