Selepas Lonjakan Di Awal Minggu, Pergerakan Emas Kembali Terbatas?

667

Emas didagangkan stabil pada hari Selasa ketika US dolar mula mencari sokongan untuk meningkat semula dari kejatuhan pada sesi sebelumnya.

Terdahulu, logam berharga itu telah meningkat menyentuh paras ketinggian dua minggu pada $1,865 per auns sebelum sedikit menyusut untuk diperdagangkan apda $1,850 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Peningkatan ini telah disokong oleh dagangan US dolar yang lemah apabila pasaran global kembali positif dan tanda-tanda kemajuan dalam usaha China untuk mengawal wabak Covid-19 membuatkan pelabur menjauhkan diri daripada mata wang itu.

Namun, US dolar dilihat kembali memaparkan sedikit kenaikan pada awal sesi Asia, menyebabkan dagangan emas mula terbatas.

Penggubal dasar Federal Reserve (Fed), Esther George menjangkakan bank pusat itu akan menaikkan sasaran kadar faedah kepada kira-kira 2% menjelang Ogos, dengan tindakan selanjutnya bergantung pada bagaimana kedua-dua bekalan dan permintaan mempengaruhi inflasi.

Sementara itu, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde bahawa beliau melihat kadar faedah akan meningkat menjelang akhir September dan boleh menaikkannya lagi jika mereka melihat inflasi stabil pada 2%.

Susulan itu, emas dijangka kekal di bawah tekanan memandangkan lebih banyak bank pusat utama dunia bersedia untuk meningkatkan kadar faedah bagi memerangi inflasi yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat