Selepas Minit FOMC, Arah EUR/USD Lebih Jelas

170

US dolar telah mengalami penyusutan ketara selepas minit mesyuarat FOMC diterbitkan pada awal pagi ini, menyusuli bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang sebelumnya diterbitkan suram di sesi New York.

Mengejutkan pasaran apabila butiran minit yang diteliti menunjukkan majoriti penggubal polisi bank pusat bersetuju untuk keperluan memperlahankan kenaikan kadar faedah yang agresif sebelum ini.

Ini menunjukkan walaupun sebelum data pekerjaan dan inflasi diterbitkan, penggubal polisi telah melihat langkah untuk memperlahankan pengetatan yang agresif tersebut dalam mengimbangi risiko kemelesetan terhadap ekonomi AS.

Justeru, US dolar telah menyambung semula penyusutan pada minggu-minggu sebelum ini walaupun sentimen pasaran masih dinilai berisiko dengan perkembangan Covid-19 kekal dipantau pasaran.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan corak bullish semula dengan kenaikan harian dicatatkan Rabu semalam sekitar 100 pips.

Harga membuat kenaikan dari paras sokongan 1.03000 dan mencapai paras sasaran 1.04000 di penghujung sesi New York.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), kenaikan masih diteruskan dengan isyarat kekal bullish harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sejak Selasa.

Sasaran kenaikan lanjut harga adalah untuk menguji ketinggian dicapai minggu lalu pada sekitar 1.04800 sekaligus zon 1.05000 menjadi tumpuan harga.

Berjaya melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.06000.

Namun, ketidaktentuan pasaran di penghujung minggu dan sentimen pasaran yang masih berisiko boleh mengubah semula harga untuk jatuh semula.

Penurunan harga di bawah 1.04000 semula berkemungkinan akan kembali menuju support 1.03000 sebelum pelabur menilai isyarat perubahan trend harga.

Penurunan lanjut dijangka boleh mencecah pada zon 1.01000 sekiranya US dolar kembali mendominasi semula dalam pasaran.

Lihat gambar carta harga EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat