Selepas NFP, GBP/USD Kekal ‘Bullish’ Capai Paras Tertinggi 1 Tahun!

133

Selepas data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih berjaya mengekalkan corak bullish pada sesi terakhir dagangan minggu lalu.

Kesemua komponen pada laporan pekerjaan termasuk kadar pengangguran mencatatkan bacaan yang memberangsangkan, mendorong pengukuhan langsung US dolar sebaik sahaja diterbitkan di awal sesi New York Jumaat itu.

Pada mulanya dapat dilihat harga ditekan turun ke bawah paras 1.26000 semula dan mencecah sekitar 1.25600.

Namun, harga tidak menembusi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum melantun naik lebih tinggi daripada pergerakan pada sesi sebelumnya lagi.

Pound berjaya memaparkan prestasi lebih baik berbanding US dolar menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada minggu ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas bakal dilaksanakan.

Selepas mencapai paras ketinggian terbaru 1 tahun pada 1.26500, pergerakan harga perlahan pada penutup sesi terakhir minggu lalu dan menyambung pembukaan pada sesi Asia hari ini (Isnin).

Dengan corak bullish yang masih berjaya dikekalkan, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju sasaran seterusnya pada 1.27000.

Namun jika US dolar lebih kukuh membenam harga turun semula, paras sokongan terhampir buat harga terlihat pada 1.26000 yang sebelum ini menjadi zon rintangan penting dan telah berjaya ditembusi.

Jika harga tembus lebih rendah ke bawah, isyarat bearish akan diperhatikan sebelum harga dijangka menuju ke paras tumpuan sebelum ini pada 1.25000 semula.

Selain mesyuarat BOE, pelabur juga perlu berwaspada bagi terbitan data inflasi AS yang akan menambah gelora pasaran minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat