Selepas RBNZ Naikkan Kadar 0.50%, NZD/USD Lonjak Ke Paras Tertinggi 2 Minggu

71

Mata wang dolar New Zealand memaparkan corak pergerakan harga yang menarik pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu) susulan tumpuan yang terarah kepada keputusan mesyuarat bank pusat New Zealand.

Berbeza berbanding keputusan kadar faedah di Australia semalam, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) hari ini kekal hawkish dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas seperti yang dijangkakan.

Kenaikan kadar 50 mata asas untuk kali kelima berturut-turut itu telah menyaksikan kadar tunai rasmi meningkat kepada 3.50% yang merupakan paras tertinggi 7 tahun.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD pagi ini, harga telah melonjak sehingga ke paras sekitar 0.5800 selepas keputusan pengumuman kadar tersebut.

Harga telah membuat lonjakan setelah melepasi zon rintangan sebelum ini sekitar 0.57300 yang telah menjadi penghalang kenaikan harga sejak minggu lalu.

Namun, setelah lonjakan berlaku, harga dilihat menyusut semula sekitar 80 pips ke paras lonjakan bermula di penghujung sesi Asia.

Dengan situasi penyusutan US dolar yang masih berterusan, dolar Kiwi kekal mempunyai ruang untuk meneruskan peningkatan menuju sehingga ke penghujung minggu.

Sekiranya harga menyambung kenaikan lebih tinggi, rintangan terbaru pada 0.58000 yang telah dicapai pada sesi Asia sebentar tadi berkemungkinan mampu ditembusi.

Meneruskan kenaikan lebih tinggi berpotensi untuk mendorong harga menuju sehingga ke zon sekitar 0.59000.

Sebaliknya jika berlaku penyusutan semula dengan lonjakan awal selepas keputusan mesyuarat itu gagal untuk dikekalkan, penurunan harga di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Harga seterusnya bakal susut melepasi 0.56800 sebelum dilanjutkan sehingga mencecah ke zon support pada 0.56000 yang menjadi tumpuan harga pada dagangan penghujung September lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat