Selepas Rundingan Baru AS Ditolak, Donald Trump Gesa Kim Jong Un Untuk Dapatkan Perjanjian!

328

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menggesa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un untuk ‘bertindak segera’ bagi mencapai perjanjian dengan negara itu, melalui ciapan di laman twitternya.

Kenyataan itu dibuat sebagai tindak balas kepada kritikan Korea Utara terhadap saingan politik Trump, bekas Naib Presiden Joe Biden.

Pada Khamis lalu, Korea Utara memberitahu bahawa ia telah menolak tawaran AS untuk rundingan baru menjelang tarikh akhir tahun yang ditetapkan Pyongyang untuk Washington menunjukkan lebih banyak fleksibiliti dalam rundingan.

Perunding Nuklear Korea Utara, Kim Myong Gil memberitahu bahawa Stephen Biegun, perunding AS yang bersama-sama mengetuai rundingan ‘denuclearisation’ yang menemui kegagalan pada bulan lepas, telah menawarkannya untuk berjumpa lagi.

Kim dan Biegun bertemu buat kali pertama pada bulan lalu, di ibu negara Sweden sejak Trump dan Kim Jong Un bersetuju pada Jun untuk meneruskan semula rundingan yang telah terhenti sejak sidang kemuncak di Vietnam pada Februari lalu.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut musnah, berikutan Kim mengatakan pihak AS gagal mengemukakan pendekatan baru.

Sementara itu, jurucakap di Jabatan Negara AS memberitahu Trump masih komited untuk membuat kemajuan dalam perjanjian yang dicapai dengan Kim Jong Un di sidang kemuncak pertama di Singapura pada Jun tahun lalu.

Selepas kegagalan rundingannya, Kim Jong Un menetapkan tarikh akhir tahun bagi AS untuk menunjukkan lebih banyak fleksibiliti. Penetapan itu telah meningkatkan kebimbangan bahawa Korea Utara akan kembali melancarkan bom nuklear dan ujian peluru berpandu jarak jauh yang digantung sejak 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat