Selepas Sahaja Umum Kelonggaran Sekatan, Saham Avilion Terus Mencanak

335

Jumlah dagangan saham Avilion Bhd tampil bergaya dengan lonjakan sebanyak 500 juta unit pada waktu rehat di Bursa Malaysia semalam.

Harga saham pengendali hotel itu pamer peningkatan melebihi 90% susulan sentimen positif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kelonggaran beberapa sekatan pergerakan bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

Namun hal itu hanya akan dilaksanakan bagi negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional Malaysia (NRP) dan berikutnya.

Pada 12.30 tengah hari semalam, saham Avilion tersenarai antara yang paling aktif dengan menyaksikan sebanyak 535 juta saham diperdagangkan daripada hanya 62.79 juta unit pada Jumaat.

Pada semalam, harga saham Avilion kekal di paras 1.5 sen atau 7.89% menjadi 20.5 sen pada 12.30 tengah hari selepas catat peningkatan sebanyak 17.5 sen atau 92.11% kepada 36.5 sen.

Ketika mencapai harga 20.5 sen, Aviliion memperoleh nilai pasaran sekitar RM194.03 juta berdasarkan kepada 946.49 juta saham terbitan syarikat.

Mengikut laporan pada 8 Ogos 2021, negeri-negeri di Fasa 2 NPR adalah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Bagi Fasa 3 pula adalah di Perlis, Labuan dan Sarawak.

Muhyiddin mengatakan bahawa Malaysia akan melonggarkan beberapa sekatan pergerakan bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin di lapan negeri yang telah memenuhi kriteria.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat