Selepas Terjunan Drastik Harga, GBP/USD ‘Bernafas’ Semula

333

Ekoran penyusutan US dolar pada dagangan Rabu semalam yang gagal mengekalkan momentum pengukuhan hari sebelumnya, memberi ruang kepada mata wang Pound untuk meningkat.

Pound berjaya pamer prestasi lebih baik setelah data inflasi UK yang diterbitkan di awal sesi Eropah semalam memberi isyarat bacaan inflasi yang sedikit menurun berbanding jangkaan.

Tercetus semula jangkaan untuk bank pusat England (BOE) untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah yang agresif ekoran penurunan inflasi tersebut.

US dolar dilihat gagal untuk meneruskan pengukuhan semalam seperti yang diperlihatkan ketika terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) Selasa lalu yang meyakinkan pelabur bahawa kenaikan kadar agresif oleh Federal Reserve (Fed) akan diteruskan untuk kali ketiga berturut-turut pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, dapat diperhatikan penurunan drastik sehingga 250 pips Selasa lalu tidak diteruskan pada Rabu semalam.

Harga sebaliknya melantun semula sekitar 100 pips, namun tidak berjaya menembusi rintangan pada paras 1.16000.

Harga juga tidak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut, dan masih memberi isyarat bagi pergerakan bearish buat harga.

Penurunan harga berkemungkinan akan dilanjutkan untuk menguji pula zon support pada 1.14500-1.14000 yang telah diuji harga minggu lalu.

Penurunan harga ke zon tersebut minggu lalu itu telah merekodkan paras terendah yang pernah dijejaki harga sejak tahun 1985.

Sementara unutk jangkaan bagi kenaikan harga, melepasi halangan MA50 dan paras 1.16000 akan memberi petunjuk awal untuk berlaku perubahan trend bullish.

Kenaikan harga yang dilanjutkan seterusnya dijangka untuk melepasi paras 1.16500 sebelum menuju ke zon rintangan tumpuan lebih tinggi pada 1.18000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat