Selepas Virus Omicron Muncul, Jom Lihat Saham Mana Yang Naik, Saham Mana Yang Jatuh!

787

Varian Covid-19 baharu, Omicron, telah di kesan di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu selepas pertama kali dikenal pasti oleh seorang doktor di Afrika Selatan dan menjadi faktor yang menggemparkan pasaran sejak minggu lalu.

Setakat ini terdapat beberapa pakar perubatan yang mengatakan vaksin sedia ada mampu untuk melawan varian tersebut dan ada yang mengatakan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, kemunculan varian tersebut telah mengakibatkan pasaran bergelora dengan berita mengenai Federal Reserve (Fed) akan mempercepatkan langkah pengetatan bagi menstabilkan inflasi selain merencatkan pemulihan ekonomi dunia.

Saham yang meningkat naik kerana Omicron

Setakat ini, dilaporkan saham sarung tangan sedang meningkat naik dengan syarikat pengeluar sarung tangan tempatan, Top Glove Bhd dan Hartalega Holdings Bhd, melantun semula pada aktiviti pemburuan murah selepas pelabur mengambil untung dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Harga saham Top Glove telah meningkat kepada paras semasa daripada harga penutupnya pada RM2.25 hari Khamis lepas bertarikh 25 Nov manakala Hartalega telah meningkat kepada paras semasa daripada harga penamatnya pada RM5.13.

Kenaikan tersebut disebabkan ia telah diawasi dengan teliti lagi sejak wabak Covid-19 bermula pada awal 2020 kerana sarung tangan merupakan peralatan perlindungan diri yang penting untuk mengekang penularan wabak tersebut.

Saham yang merudum kerana Omicron

Saham-saham teknologi merudum sejak kemunculan varian Omicron dengan nama-nama besar seperti Google, Amazon, Meta(dahulunya Facebook) dan Microsoft ditutup rendah.

Purata Dow Jones Industries menyusut 651 mata, Nasdaq Composite jatuh 1.6% dan S&P 500 menurun 1.9% pada hari Selasa selepas Fed berbincang untuk mempercepatkan pengurangan pembelian bon pada bulan Disember.

Hanya saham Apple sahaja yang menunjukkan prestasi menaik diantara saham teknologi tersebut dengan pakar penganalisis berkata kenaikan pada saham tersebut adalah disebabkan Apple mempunyai aliran tunai yang luar biasa.

Saham yang menjadi sasaran pelabur susulan Omicron melanda

Memetik sumber dari CNBC News, Jim Cramer seorang penyampai beritanya telah berkata pada Rabu mengenai saham yang pelabur patut beri perhatian selepas pasaran merosot ekoran berita mengenai kes pertama Omicron di AS.

Antara saham yang disebut oleh Cramer adalah saham:

  • Disney yang ‘ikonik’ dan berpotensi untuk ‘meledak’ kerana pengenalan Disney+
  • PayPal yang akan menamatkan persekutuannya dengan eBay pada suku mendatang dan membuka lembaran baharu
  • Mastercard yang akan bermanfaat dengan peningkatan program pembelian sahamnya sebanyak $8 bilion dan menaikkan dividen sebanyak 11%
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat