Semakin ‘Bearish’, AUD/USD Betul-Betul Terbenam Ke Dasar Ni

359

Melihat kepada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga tampaknya terus menyambung trend penurunan yang dipaparkan dari awal sesi Asia (Selasa) sampai lah ke penghujung sesi pasaran New York.

Harga juga telah mencatat terjunan melebihi 100 pips dan pergerakan harga telah pun melepasi paras sokongan sekitar 0.74600 dan hampir untuk mencecah zon RBS (resistance become support) 0.74000.

Trend yang dipamerkan turut sudah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat pergerakan yang lebih jelas untuk membuat corak downtrend.

Angkara kenyataan bernada dovish yang dilontarkan ketika mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada sesi Asia semalam (Selasa), ia terus mengundang prestasi buruk dan tekanan kepada dolar Aussie.

Di kala kelemahan yang dicatatkan, matawang USD tampaknya mengintai peluang untuk kukuh berbanding Aussie menjelang ke penerbitan data ekonomi penting serta mesyuarat FOMC pada sesi New York sebentar lagi.

Jika pergerakan harga terus mengekalkan penurunan, zon RBS 0.74000 tersebut dijangka akan kembali diuji selepas paras berkenaan telah menyokong semula lonjakan harga pada sebelum ini.

Keupayaan harga menembusi zon RBS itu akan memungkinkan pelabur untuk menilai zon sokongan terdekat yang pernah dicatatkan pada dagangan Oktober sekitar 0.73000 untuk dijejaki sekali lagi.

Namun andai kata sentimen semasa pasaran berubah dan harga kembali melonjak dengan lebih garang, paras tertinggi sekitar 0.75500 akan kembali menjadi tumpuan setelah berkali-kali diuji sebelum ini namun ia tetap gagal untuk dirobek.

Sekiranya pergerakan harga berjaya untuk menembusi paras tertinggi itu, kebarangkalian besar pelabur akan melihat harga mencapai zon rintangan 0.76000 dan akan membina puncak tertinggi yang baharu.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat