Semakin Jauh USD Berundur, Mana Mahu Pergi Ha?

1,364

Dolar greenback bergelut untuk mengekalkan momentum pengukuhannya selepas ia melanjutkan penurunan dari puncak tertinggi 20 tahun pada pembukaan sesi Eropah.

Terdahulu, raja mata wang itu telah melonjak tinggi susulan komen daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang meningkatkan keyakinan pelabur untuk melihat pengetatan diteruskan dalam dasar monetari Amerika Syarikat.

Jangkaan untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kini meningkat melebihi 70% mengikut alat CME FedWatch.

Walaupun begitu, pengukuhan yang dicatatkan US dolar kembali mereda apabila pelabur mula berhati-hati dengan pengambilan untung menuju akhir dagangan Ogos.

Tumpuan turut difokuskan kepada penerbitan data pembukaan pekerjaan JOLTS dan keyakinan pengguna AS pada sesi New York, menyebabkan pergerakan dolar greenback itu terbatas.

Beralih kepada pergerakan semasa mata wang Eropah, euro memanfaatkan penyusutan US dolar untuk didagangkan positif pada sekitar harga partiti 1.0020 berbanding greenback.

Menjadi tumpuan utama pelabur euro adalah pengeluaran data inflasi pengguna dari ekonomi terbesar Eropah, Jerman yang dijangka akan mencatat peningkatan sedikit perlahan pada bulan Ogos.

Bacaan yang perlahan mungkin akan menggoyahkan pergerakan euro yang kini disokong oleh kenyataan hawkish Bank Pusat Eropah mengenai kenaikan lebih besar dalam akdar faedah pada mesyuarat polisi September.

Mata wang pound pula kembali stabil pada sekitar harga 1.1700 berbanding US dolar susulan kejatuhan terbaharu yang dicatatkan ke paras terendah sejak Mac 2020.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand terus bangkit dari paras terendah satu bulan dengan mengekalkan keuntungan yang diraih daripada kemerosotan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat