Semakin Padu! Ethereum (ETH) Cipta Rekod Atasi Bitcoin (BTC)

1,093

CEO platform peminjaman kripto, Celsius Network, Alex Mashinsky mendedahkan Ethereum (ETH) telah mengatasi Bitcoin (BTC) berdasarkan rekod jumlah dolar AS yang dilaburkan oleh penggunanya terhadap aset tersebut.

Difahamkan Celsius Network menyaksikan kemasukan deposit sekitar $17 bilion, menjadikan koin utama yang memiliki jumlah dolar tertinggi adalah Ethereum bukan lagi Bitcoin.

Mashinsky juga optimis trend ini akan berlanjutan sehingga ETH mengatasi nilai pasaran Bitcoin menjelang 2022 atau 2023:

“Ini merupakan kali pertama pengguna kami memiliki sejumlah Ethereum yang lebih tinggi berbanding Bitcoin. Saya rasa ini akan mempengaruhi pasaran yang lebih luas dalam satu atau dua tahun akan datang.”

Pada masa yang sama Mashinsky juga memberi penekanan berkaitan faktor di sebalik perubahan ini mungkin disebabkan kes penggunaan yang berbeza untuk BTC dan ETH.

Misalnya BTC, ia terkenal sebagai simpanan nilai. Manakala Ethereum pula lebih sinonim dengan yield farming.

Tidak mustahil ramalan Mashinsky menjadi realiti kerana rekod jumlah alamat aktif harian di Ethereum juga buat kali pertama telah mengatasi Bitcoin.

Menurut Forbes, Ethereum telah mendaftar lebih 750,000 alamat aktif setakat Jumaat minggu lepas, kira-kira 50,000 lebih tinggi berbanding Bitcoin.

Pada yang sama, laporan Bitinfocharts menunjukkan jumlah alamat aktif di Bitcoin telah susut 38% sejak tiga bulan yang lalu ketika harga aset itu runtuh.

Secara tidak langsung ini juga bermakna satu khabar baik untuk pasaran altcoins.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat