Semakin Rancak! American Express Sertai Dunia NFT, Metaverse!

244

Visa, Mastercard, JP Morgan menyambut kehadiran American Express dalam dunia Web 3.0 selepas perkhidmatan pembayaran kedua terbesar dunia itu menfailkan tujuh permohonan tanda dagangan untuk perkhidmatan maya dan logo ‘Centurian’ rasminya.

Berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada U.S Patent and Trademark Office bertarikh 9 Mac, sudah cukup membuktikan keterujaan American Express untuk meneroka teknologi Web 3.0 melalui penggunaan peranti realiti maya (VR) dan realiti berperantara (AR).

Antara rincian permohonan tanda dagangan oleh perkhidmatan tersebut termasuklah:

  • Perisian untuk kad kredit
  • Pelancongan
  • Perkhidmatan perhotelan
  • Ruang maya untuk aktiviti hiburan dan rekreasi
  • Platform pasaran NFT

American Express juga ada sertakan perancangan mereka pada masa akan datang, melibatkan:

  • Penawaran perkhidmatan wallet untuk aset digital dan blockchain
  • Platform pertukaran mata wang maya
  • Perkhidmatan perdagangan token utiliti dan digital

Sebenarnya American Express sudah lama menyertai fenomena NFT melalui promosi kad ahli 14 NFT edisi terhad yang menampilkan artis antarabangsa, SZA pada Jun 2021.

Setiap satu NFT tersebut bernilai $100 (RM419.95).

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat