Sembuh Selepas Lama Merana, BTC Berpotensi Ke $88K Menjelang…

741

“Kejap naik kejap turun, ini semua adalah dugaan. Jadi korang kena sabar jelah.”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang berterusan merudum sehingga $58,600 akhirnya berjaya memulih sedikit di atas $61,000 setelah para pembeli bertindak mengaut sejumlah besar BTC semasa harga diskaun.

Menerusi pemerhatian, zon permintaan antara $60,000 dan $64,000 adalah sokongan utama dinantikan oleh pedagang dan penganalisis, jadi pelanggaran paras tersebut dapat mengakibatkan correction lebih mendalam.

Traders kripto berkata tekanan jualan daripada pembayaran balik Mt. Gox yang baru diumumkan mungkin lebih rendah daripada ketakutan pemerhati pasaran aset digital susulan harga BTC tidak terkesan sangat malah menaik kembali.

Menurut Galaxy Research, munasabah bagi mengandaikan sesungguhnya kebanyakan BTC diterima oleh dana yang memperoleh tuntutan daripada pemiutang akan diagihkan pada LP dalam bentuk barangan dan tidak dijual.

Suka dimaklumkan penganalisis pasaran kripto terkemuka Crypto Faibik meramalkan harga BTC berpotensi mencecah $88,000 menjelang Julai atau Ogos 2024 sejurus selepas mendapati “Bullish Flag Pattern” pada carta mingguan.

Memang tidak dinafikan harga BTC sudah mendaki sedikit, tetapi perlu diketahui wallet kripto berlabel German Government (BKA) telah menjual 900 BTC bernilai $54 juta dalam tiga transaksi individu pada 25 Jun 2024.

Transaksi 200 BTC pertama dihantar ke Coinbase kemudian pemindahan 200 BTC kedua pula dihantar ke Kraken, bagaimanapun transaksi ketiga kira-kira 500 BTC bernilai $30 juta dihantar ke wallet “139Po” yang masih tidak diketahui.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.82% pada paras $61,988 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 4.92% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat