Sempadan DMZ Korea Diserang? Perang Hampir Pasti

1,026

‘Orang tengah sibuk perang dekat Eropah, dia pun sibuklah nak lancar perang dekat Asia.’

Joint Chiefs of Staff (JCS) Korea Selatan melaporkan berlakunya serangan udara berhampiran sempadan antara negara sebaik kerajaan pimpinan Kim Jong Un melepaskan peluru berpandu ke laut di persisiran pantai timurnya.

Difahamkan Korea Utara berterusan melancarkan beberapa siri peluru berpandu balistik jarak dekat menghala ke laut selepas kali pertama berbuat sedemikian pada minggu lepas.

Sumber agensi berita Korea Utara, KCNA menerangkan bahawa pelancaran tersebut telah dibuat sebagai ‘tindak balas pertahanan’ susulan daripada latihan ketenteraan Korea Selatan bersama Amerika Syarikat pada awal minggu lepas.

Selain melancarkan peluru berpandu, Korea Utara dikatakan juga telah menerbangkan kira-kira 10 pesawat yang berlegar-legar di sempadan ketenteraan antara negara (DMZ) dan melepas 170 das tembakan artileri di pantai.

Ekoran itu, JCS sendiri telah melancarkan jet pejuang mereka sendiri sebagai reaksi balas tindakan Korea Utara itu.

Berkesempatan itu juga Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan telah mengutuk tindakan Korea Utara dengan mengatakan Pyongyang mengingkari pakatan tentera 2 hala 2018 yang melarang ‘tindakan permusuhan’ di DMZ.

Atas faktor tersebut juga Seoul mengenakan sekatan terhadap Pyongyang dengan menyenarai hitamkan 15 individu dan 16 institusi Korea Utara yang dipercayai ada kaitan dengan pembangunan peluru berpandu tersebut.

Dalam pada itu, wakil ketenteraan Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS) serta wakil Jepun dilaporkan mengutuk tindakan Korea Utara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat