Semua Jenayah SBF Akan Ditanggung Peguamnya! Apa Yang Dah Terjadi?

352

“Haih ada je taktik liciknya untuk lepaskan diri daripada pertuduhan.”

Susulan perbicaraan Sam Bankman-Fried (SBF) hanya tinggal beberapa sahaja lagi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX yang berumur 31 tahun itu telah rancang menyalahkan peguamnya untuk jenayah dilakukan beliau.

Melalui pembelaan nasihat peguam, jenayah SBF berkemungkinan dikurangkan dan walaupun memerlukan bukti konkrit, memo dan bentuk komunikasi bertulis lain juga dapat dijadikan bukti yang boleh digunakan.

Sekiranya kaedah itu diterima pakai dalam kes SBF, bekas CEO FTX tersebut akan dibenarkan untuk berkata bahawa beliau tidak berniat untuk melanggar undang-undang dan hanya mengikut nasihat serta bimbingan peguamnya yang beri jaminan tindakannya di FTX adalah betul.

Jadi di sini dapat dilihat hujah SBF bukan sahaja dapat melemahkan keterangan salah seorang saksi utama pendakwa raya yang merupakan bekas peguam dalaman FTX malah membatalkan keistimewaan privasi antara peguam dan klien.

Namun perlu diketahui SBF sehingga kini masih belum mendedahkan peguam yang beliau akan rujuk untuk disebut nanti.

Sudah sedia maklum terdapat perintah mahkamah daripada peguam kerajaan yang minta peguam SBF memperluaskan nasihat peguamnya pada 23 Ogos 2023, tetapi jika peguam gagal patuhinya maka pendakwa raya persekutuan jangka taktik pembelaaan akan dihalang semasa perbicaraan.

Pada masa ini, SBF masih ditahan di penjara susulan permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang memaksa mahkamah membatalkan bon jaminannya $250 juta, oleh itu beliau akan kekal di penjara sehingga perbicaraan seterusnya pada Oktober 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat