Senator A.S Beri Amaran, SEC Akan Turun Tangan Dalam Pasaran Kripto?

1,595

Senator Demokrat Elizabeth Warren kembali melancarkan kritikan terhadap aset kripto dengan mengatakan pasaran tersebut ‘sangat berisiko dan tidak stabil’. Dengan itu, beliau menyeru SEC meningkatkan pengawasan dan merangka peraturan yang tepat untuk meningkatkan keselamatan pelabur di tengah permintaan yang semakin meningkat terhadap kripto.

Elizabeth Warren, bekas profesor undang-undang berusia 72 tahun, yang kini berkhidmat sebagai Senator kanan AS dari Massachusetts, pada bulan Jun yang lalu menyebut kripto sebagai ‘pelaburan yang buruk’, jika dibandingkan dengan saham walaupun BTC terus mengungguli S&P 500 dan Bursa lain.

Beliau turut menyatakan bahawa aset kripto kerap dijadikan sebagai alat untuk pengubahan wang haram dan aktiviti yang tidak sah. Terkini beliau melancarkan kritikan sekali lagi dengan menyebutnya sebagat ‘ sangat berisiko dan tidak stabil’.

“Walaupun permintaan untuk kripto dan penggunaan pertukaran kripto telah melonjak naik, namun dengan tiadanya peraturan maka ia akan menyebabkan para pelabur senang dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab”. – Senator A.S

Beliau menekankan bahawa lompong ini telah telah membahayakan para pelabur dan “merosakkan” keselamatan pasaran kewangan. Justeru beliau mendesak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa untuk menggunakan kuasa yang ada untuk menangani risiko ini.

Berdasarkan data yang dikongsikan oleh beliau, sebanyak 7,000 orang telah mengemukakan aduan yang menunjukkan bahawa mereka telah kehilangan lebih dari $ 80 juta dari pelbagai penipuan kripto dalam tempoh 6 bulan hingga Mac 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat