Senator Bersuara, Adakah Ini ‘Hint’ Mexico Akan Jadikan BTC Sebagai ‘Legal Tender’!

391

Perjuangan El Salvador dalam penggunaan kripto di peringkat negara secara tidak langsung mengilhamkan banyak negara terutama di Amerika Tengah untuk mengikut jejak langkah tersebut. Terkini, Indira Kempis, seorang Senator Mexico, telah mengatakan bahawa Mexico memerlukan Bitcoin untuk menjadi ‘legal tender’. Senator tersebut kini sedang merangka rang undang-undang matawang kripto yang berdasarkan undang-undang Bitcoin El Salvador.

Kempis menyatakan keyakinannya terhadap penggunaan Bitcoin dalam temu bual yang dijalankan semasa lawatan beliau ke El Salvador. Kempis berkata bahawa dia telah memerhatikan bahawa Bitcoin membawa keuntungan monetari kepada warga El-Salvador.

Senator Mexico berpendapat bahawa El Salvador dengan pantas mengubah naratif di sekelilingnya. Dimana sebelum ini El Salvador sering dikaitkan dengan isu keganasan, dan jenayah terancang, El Salvador kini pula menjadi tumpuan perbincangan mengenai penggunaan kripto global.

Beliau menggesa agar negaranya, Mexico mencontohi El Salvador dalam penggunaan Bitcoin. Pada pandangan Kempis, menerima pakai Bitcoin sebagai tender yang sah berpotensi untuk mewujudkan medan permainan yang sama rata untuk semua orang di seluruh dunia.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa hasil penggunaan Bitcoin tersebut KDNK dan sektor pelancongan El Salvador telah meningkat dengan pesat. Justeru beliau befikir bahawa Mexico berpotensi memperoleh banyak manfaat daripada menerima pakai Bitcoin sebagai tender yang sah. Menurut kajian Persatuan Bank Mexico (ABM), terdapat kes yang jelas tentang penyisihan dalam kewangan yang meluas di Mexico. Sekitar 53% orang dewasa di negara ini tidak mempunyai akaun bank. Begitu juga, 7 daripada 10 penduduk negara itu tidak mempunyai akses kepada kredit, kajian itu mendapati.

ABM menyatakan bahawa masalah itu diburukkan lagi oleh fakta bahawa penduduk mempunyai ketidakpercayaan terhadap produk dan perkhidmatan kewangan. Bitcoin, sebagai penyelesaian terdesentralisasi, boleh membantu menyelesaikan jurang ini seperti yang berlaku di El Salvador. Sementara itu, Mexico mempunyai rancangan untuk mengeluarkan CBDC menjelang 2024 untuk membawa lebih banyak rangkuman kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat