Sendunya Pergerakan USD! Apa Nak Jadi Ni?

1,295

Dolar greenback kekal didagangkan suram pada pembukaan dagangan Selasa di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama untuk merangsang pergerakan mata wang yang lebih besar dalam pasaran.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell akan memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari Separuh Tahunan di hadapan Senat pada hari Rabu dan akan mengulangi keterangannya di hadapan suruhanjaya yang berbeza pada hari Khamis.

Para pelabur akan mencari petunjuk tentang perkembangan ekonomi Amerika Syarikat daripada keterangan Powell.

Euro pula terus positif selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde memberitahu Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan Monetari Parlimen Eropah bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi bulan Julai.

Tambahan daripada itu, beliau juga memberitahu mereka akan melanjutkan kenaikan kadar pada bulan September susulan inflasi yang melambung tinggi.

Sementara itu, kesuraman dagangan US dolar memberi sdikit ruang buat mata wang pound meningkat. Namun, kenaikan yang dicatat agak terbatas berikutan timbulnya isu baharu mengenai Brexit.

Kerajaan UK tetap meneruskan rancangan untuk mengubah sebahagian daripada Protokol Ireand Utara walaupun Kesatuan Eropah (EU) mengancam Britain untuk membawa mereka ke muka pengadilan kerana tindakan itu disifatkan sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Dagangan yen pula terus melemah di paras terendah sejak 1998 berikutan pendirian dovish bank pusat Jepun (BOJ) yang berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat