Senheng Akan Disenaraikan Dalam Bursa Malaysia!

2,284

Anjakan paradigma buat Senheng New Retail Bhd.

Senheng New Retail Bhd, peruncit eletrik dan eletronik (E&E) tempatan telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan dalam Pasaran Utama Malaysia Securities Bhd.

Senheng telah ditubuhkan pada 1989 dan sehingga kini memiliki sebanyak 104 cawagan kedai diseluruh Malaysia yang disokong penuh oleh pebagai platform peruncit atas talian.

Dijangkakan Senheng akan mula disenaraikan dalam Bursa pada Januari 2022.

Menurut pengerusi eksekutif Senheng, Lim Kim Heng berkata syarikat itu di antara yang terawal dalam mengaplikasi model runcit baharu dan pendigitalan dimana kesemua aspek operasi dipertingkatkan dengan peralatan teknologi yang mengoptimumkan strategi perniagaan mereka.

Tambahnya lagi, Senheng mempunyai lebih 280 jenama E&E terkemuka yang menampilkan rangkaian komprehensif bagi alatan digital, audio visual, peralatan rumah dan produk berkaitan.

Dalam pada itu, Senheng mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan bagi prestasi kewangan mereka walaupun terdapat beberapa kekangan perintah kawalan pergerakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat