Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi ini

679

Matawang USD didagangkan rendah pada awal minggu dagangan selepas pegawai Federal Reserve (FED) menyatakan kenyataan yang agak berhati-hati mengenai prospek pertumbuhan global dan menyebabkan pelabur menilai semula kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat akan datang. USD sebelum ini didorong oleh pengetatan dasar monetari FED atas faktor perkembangan ekonomi yang mantap dan peningkatan dalam purata pendapatan. Kenaikan kadar faedah untuk kali keempat pada tahun ini dijangka akan ditetapkan bulan depan dan 2 lagi kenaikan menjelang Jun 2019.

Namun, ulasan pada hari Jumaat lalu oleh Naib Presiden FED iaitu Richard Clarida menegaskan bahawa terdapat kelembapan di dalam pertumbuhan ekonomi global yang dijangka akan memberi kesan kepada Amerika Syarikat. Kenyataan ini juga turut disampaikan oleh Presiden Bank of Dallas, Robert Kaplan, dalam satu wawancara Fox Business. Berikutan komen ini, pelabur mula mempersoalkan sama ada pengukuhan Dollar hampir berakhir dengan penanda aras hasil bon 10 tahun AS menurun.

Matawang Euro didagangkan mengukuh atas faktor sifat anti-dollar dan sentimen pasaran global yang semakin pulih. Tambahan lagi, Euro juga menerima rangsangan daripada harapan bahawa Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte sanggup bekerjasama dengan Kesatuan Eropah mengenai bajet defisit mereka. Dalam perkembangan di UK pula, Pound Sterling masih lagi tidak menentu atas faktor pergolakan rancangan Brexit oleh Perdana Menteri Theresa May. GBP dijangka akan terus tertekan sehingga pasaran mendapat keputusan yang lebih jelas mengenai perkembangan perjanjian Brexit.

Matawang AUD antara matawang yang kukuh setakat ini selepas terdapat sedikit keredaan dalam perselisihan perdagangan antara AS-China selepas Presiden Donald Trump mengatakan dia mungkin tidak akan mengenakan lebih banyak tarif ke atas import China jika terdapat persetujuan di antara dua pihak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat