Sentimen Kembali Berisiko, AS-China Saling Berbalas Serangan

417

Sentimen berisiko kembali ketika ketegangan antara dua gergasi ekonomi dunia semakin meningkat, menyebabkan US dolar didagangkan tinggi berbanding sekumpulan matawang utama sebagai safe-haven walaupun peningkatannya agak terbatas.

Hubungan AS-China diburukkan lagi berikutan pelbagai isu telah ditimbulkan oleh kedua-dua pihak, termasuk tindakan pentadbiran Trump yang meluluskan penjualan senjata kepada Taiwan walaupun menerima tentangan China.

AS juga memperketatkan kawalan terhadap penggunaan teknologi Huawei ketika siasatan berhubung COVID-19 dimulakan. Dalam pada itu, Speaker China Zhang Yesui menegaskan baahawa Beijing akan mempertahankan kepentingannya jika AS melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan tegas negara itu.

Sementara itu, bacaan data PMI dari Amerika Syarikat dan Eropah masing-masing menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan pada bulan Mei setelah merekodkan kejatuhan ketara pada April, di mana hampir semua aktiviti ekonomi ditutup.

Sektor pembuatan AS tanpa dijangka meningkat lebih tinggi daripada unjuran pasaran pada bulan Mei dengan peningkatan kepada 39.8 daripada 36.1 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Bagaimanapun, peningkatan ini masih belum boleh dikatakan pulih memandangkan ia masih di tahap pengucupan, malah dijangkakan terdapat penurunan lebih besar pada suku kedua tahun ini.

Tuntutan faedah pengangguran AS pula masih mencatatkan bacaan lebih tinggi daripada jangkaan dengan meningkat sebanyak 2.438 juta pada minggu lepas, menurun sedikit daripada rekod terdahulu 2.687 juta.

Bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang memberangsangkan telah mendorong euro untuk melonjak ke paras harga 1.10 berbanding USD, sebelum kembali jatuh dan didagangkan mendatar pada sesi Asia.

Selain itu, matawang pound pula diniagakan stabil sementara pasaran menantikan penerbitan data jualan runcit UK pada petang ini.

Dolar kiwi yang pada mulanya menokok disebabkan bacaan jualan runcit New Zealand yang lebih baik daripada jangkaan, kembali merosot, sementara dolar Aussie pula turut mempamerkan penyusutan berbanding USD pada sesi Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat