Sentimen Kembali Goyah, A.S Kekalkan Tarif Import China Sehingga Perjanjian Fasa 2!

336

Sentimen pasaran kembali goyah ekoran kenyataan Setiausaha Perbendaharaan A.S Steven Mnuchin mengatakan tarif import semasa China akan tetap dikenakan sehingga perjanjian fasa 2 diselesaikan.

Dagangan USD susut dari paras ketinggian lapan bulan yang dicapai pada Selasa berbanding safe-haven yen disebabkan pelabur kembali berhati-hati menjelang penandatanganan perjanjian fasa 1 diadakan.

Menurut Mnuchin, Presiden Donald Trump mungkin akan mempertimbangkan untuk menghapuskan kadar tarif di bawah perjanjian fasa 2 jika kedua-dua pihak bertindak segera untuk memeterainya.

Bloomberg pula melaporkan tarif import sedia ada berkemungkinan akan kekal sehingga selepas pilihanraya presiden A.S berlangsung dan sebarang tindakan untuk mengurangkan tarif adalah bergantung kepada pematuhan China terhadap terma-terma perjanjian fasa 1.

A.S dikatakan akan menyemak semula dan mempertimbangkan penghapusan tarif sedia ada, yang mungkin mengambil masa lebih 10 bulan selepas perjanjian fasa 1 ditandatangani.

Sementara itu dalam perkembangan politik, perbicaraan pemecatan Trump dikatakan akan dimulakan secepatnya pada minggu depan menurut Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell. Bagaimanapun, kemungkinan untuk Trump dipecat adalah rendah memandangkan kuasa majoriti di Senat adalah berpihak kepada parti Republik pimpinannya.

Matawang pound sterling kembali memperlihatkan pemulihan selpeas jatuh ke paras terendah di tengah-tengah kebimbangan mengenai keadaan ekonomi dan kemungkinan penurunan kadar faedah pada bulan ini.

Kenyataan PM UK Boris Johnson mengenai keyakinan beliau bahawa UK akan mendapatkan perjanjian perdagangan komprehensif dengan Kesatuan Eropah (EU) sebelum akhir tahun sedikit menyokong dagangan pound.

Dolar euro juga diniagakan meningkat berbanding USD sementara perdagangan global kembali menjadi tumpuan berikutan lawatan Suruhanjaya Perdagangan EU Phil Hogan ke Washington untuk membincangkan hubungan perdagangan dengan A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat