Sentimen Kembali Pulih, Pertikaian AS-Iran Kekal Jadi Tumpuan Utama

1,106

Sentimen berisiko dalam pasaran mula menunjukkan keredaan, di samping ketiadaan perkembangan terbaru dalam pertikaian antara Amerika Syarikat dan Iraq yang boleh mempengaruhi pergerakan matawang.

Matawang safe-haven yen kembali susut berbanding US dolar memandangkan bahawa provokasi dan ancaman yang dikeluarkan oleh kedua-dua negara selepas serangan udara di Baghdad pada Jumaat, tidak akan mencetuskan peperangan.

Negara-negara Eropah telah menyeru supaya tidak meneruskan pertikaian tersebut, manakala Iran pula mengatakan bahawa perang adalah bukan sebahagian daripada agenda mereka, tetapi Amerika Syarikat perlu bersedia mengenai kemungkinan terdapat pembalasan disebabkan pembunuhan komander tentera mereka, Qassem Soleimani.

Sementara itu dalam perkembangan politik Amerika Syarikat, terdapat laporan bahawa senator Parti Republik atau juga dikenali sebagai GOP, ingin mengubah peraturan Senat dan membenarkan penggubal undang-undang untuk menolak artikel-artikel pemecatan Presiden AS Donald Trump sebelum Dewan Perwakilan menghantar mereka.

Antara yang menjadi tumpuan pasaran pada hari ini adalah penerbitan data inflasi di Zon Eropah pada petang ini dan data PMI bukan pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM pada malam ini.

Bacaan akhir data PMI di zon Eropah dan UK yang diterbitkan semalam, menunjukkan bacaan lebih baik daripada anggaran awal, sedikit sebanyak telah membantu pemulihan sentimen pasaran.

Matawang pound diniagakan mendatar berbanding US dolar selepas meningkat pada sesi Eropah, dipacu oleh data PMI perkhidmatan yang memberangsangkan. Tinjauan PMI menunjukkan keyakinan di kalangan firma-firma UK telah meningkat sejak pilihan raya pada 12 Disember lalu.

Perdana Menteri UK Boris Johnson mengumumkan UK akan mengadakan pasca rundingan perdagangan bersama Amerika Syarikat, di samping turut berunding mengenai syarat-syarat dalam hubungan baru dengan Kesatuan Eropah (EU).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat