Sentimen Keyakinan Pengguna Australia Susut, Perbelanjaan Individu Bergerak Perlahan

51

Kadar indeks pengguna Australia kekal susut bagi bulan ini, menjadikan penurunan kali ketiga daripada empat bulan. Kadar perbelanjaan individu yang bergerak perlahan menyebabkan para pelabur menjadi sedikit ragu tentang keadaan semasa ekonomi di sana.

Laporan pengguna daripada Westpac-Melbourne Institute menyusut 1.2% pada Ogos selepas kenaikan 0.4% pada bulan lepas.

Indeks keyakinan pengguna ini dibuat berdasarkan kaji selidik terhadap 1,2000 responden, dan merangkumi tajuk tentang keadaan ekonomi hingga kepada hal pekerjaan.

Setimen pengguna melemah untuk 3 bulan berturut-turut sejak Jun lepas, dan penganalisis menyatakan paras hutang yang tinggi menjadi faktor kebimbangan pelabur. Keyakinan pengguna dalam pasaran perumahan susut mendadak pada suku tahun kedua walaupun harga rumah kekal melonjak.

Westpac yakin bahawa faktor kenaikan harga pasaran rumah disebabkan oleh polisi baru daripada bank pusat Australia (RBA) yang ingin mengurangkan kadar pelaburan hartanah. Pada masa yang sama, RBA mengekalkan kadar faedah terendah sejak Ogos 2016.

Minggu lepas, Jabatan Statistik Australia melaporkan kenaikan terhadap perbelanjaan runcit. Jualan runcit meningkat 0.3% pada Jun, menjadikan peningkatan selama tiga bulan berturut-turut selepas kenaikan 0.6% pade bulan Mei. Bagi suku tahunan juga pula, jualan runcit turut menigkat kepada 1.5%

Hasil jualan runcit menjadi satu tanda aras terhadap perbelanjaan pengguna, yang dapat mengerakkan ekonomi di Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat