Sentimen & News Gbp/Usd Pada Minggu Ke-Empat 2017

57

Minggu lepas merupakan minggu yang cemerlang untuk pasangan matawang Pound dengan Gbp/Usd menguat 430 pip dari paras terendah selepas ‘gap besar’ yang berlaku pada Isnin.

Gap down‘ yang berlaku ini adalah disebabkan laporan yang mengatakan, Perdana Menteri UK Theresa May akan menyampaikan ucapan yang memberi gambaran ‘Hard brexit‘, bahawa UK tidak akan berusaha mendapatkan akses pasaran tunggal EU. Gbp/Usd mencapai paras terendah sejak tiga bulan lalu di bawah paras 1.2000.

Walaupun begitu, Gbp/Usd menguat seawal sesi dagangan Isnin sehinggalah sebelum Theresa May menyampaikan ucapan Brexit beliau. Pasangan matawang in meneruskan lagi kenaikannya selepas ucapan May sehingga mencatatkan kenaikan 3% dalam masa sehari yang merupakan kenaikan terbesar sejak 1998.

Kenaikan pada Selasa adalah disebabkan keputusan May yang akan berusaha memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama EU, walaupun beliau mengatakan ini bukan bermakna UK menjadi ahli dalam pasaran tunggal EU.

Matawang Gbp akan terus bergerak melalui sentimen dengan keputusan ‘Supreme Court UK‘ akan dikeluarkan esok sama ada kerajaan UK perlu mendapatkan pengesahan dari Parlimen atau tidak bagi meneruskan proses Brexit (memenuhi artikel 50).

Dalam jangka masa pendek Gbp/Usd juga akan terus dipengaruhi oleh pengumuman polisi ekonomi pentadbiran baru US. Sepanjang minggu ini US dolar akan terus digerakkan oleh komen dari pentadbiran Trump khususnya berkaitan polisi fiskal dan pendirian terhadap China.

Selain itu, data-data berikut akan turut mempengaruhi sentimen dan fundamental semasa Gbp/Usd:

  • Komen dari Presiden Trump (Sepanjang Minggu)
  • Inventori Minyak Mentah US : 25 Januari 2017 (Rabu, 11.00pm)
  • Bacaan awal pertumbuhan UK q/q: 26 Januari 2017 (Khamis, 5.30pm)
  • Data Tuntutan Pengangguran US : 26 Januari 2017 (Khamis, 9.30pm)
  • Data KDNK US : 27 Januari 2017 (Jumaat, 9.30pm)
  • Data Durable goods US: 27 Januari 2017 (Jumaat, 9.30 malam)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat