Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Gbp/Usd Minggu Ini (16-20 Januari)

41

Pasangan matawang Gbp/Usd memulakan dagangan minggu lalu dengan kejatuhan mendadak berikutan temubual Theresa May oleh Sky News pada 8 Januari 2017. Dalam temubual tersebut, beliau seakan tidak mahu lagi mengekalkan akses pasaran tunggal Eropah selepas Brexit. Disebabkan ini, Gbp/Usd jatuh pada permulaan hari Isnin minggu lalu ke paras terendah sejak 28 Oktober 2016.

Gbp/Usd bergerak dalam keadaan volatile (turun-naik) sepanjang minggu lalu berikutan komen dari Theresa Mei dan sidang media Trump. Sidang media Trump yang mengecewakan pasaran menyebabkan US dolar melemah berbanding majoriti matawang global. Namun, matawang Pound gagal mengambil kesempatan ke atas kelemahan US dolar, disebabkan kebimbangan terhadap ‘Hard Brexit‘.

Minggu ini, kita sekali lagi dikejutkan dengan kejatuhan mendadak Gbp/Usd pada ketika pasaran belum lagi dibuka pada Isnin. Satu lagi laporan yang mengaitkan ‘Hard Brexit‘ kepada matawang Gbp/Usd dimana Sunday Times melaporkan, Theresa May akan menghentikan usaha untuk mengakses pasaran tunggal dan perkara ini akan disampaikan sendiri olehnya dalam ucapan Brexit pada Selasa. Berikutan itu, Gbp/Usd menjunam sehingga terjadi ‘gap down‘ 180 pip dari penutupan harga pada sesi Jumaat.

Pasaran akan mengalihkan perhatian kepada ucapan Theresa May pada Selasa untuk mendapat maklumat yang lebih jelas berikutan laporan awal hari ini.

Di US pula, Gbp/Usd akan terus mendapat kesan dari sentimen Trump dan pelantikan rasmi beliau sebagai Presiden pada Jumaat ini akan menjadi tumpuan. Ketika ini pasaran global lebih banyak digerakkan oleh faktor geo-politik berbanding data petunjuk ekonomi, yang mana sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Selain daripada perkara utama ini, pasaran akan memberikan tumpuan kepada ucapan Pengerusi The Fed dimana Janet Yellen akan berucap dua kali dalam kalendar ekonomi minggu ini. Selain itu, ucapan dari Gabenor Carney juga dijadualkan pada Selasa 2.30 pagi waktu Malaysia.

Berikut merupakan tentatif kalendar ekonomi yang melibatkan pasangan matawang Gbp/Usd minggu ini:

  • Ucapan Gabenor Carney (UK), Selasa 2.30 pagi
  • Harga Pengguna (CPI, UK), Selasa 5.30 petang
  • Data pekerjaan (UK), Rabu 5.30 petang
  • Harga pengguna US (CPI) & Core CPI, Rabu 9.30 malam
  • Ucapan Pengerusi The Fed (US), Khamis 4 pagi
  • Data Permit bangunan, Indeks sektor pembuatan (US), Khamis 9.30 malam
  • Inventori minyak (US), Khamis 12 malam
  • Ucapan Pengerusi The Fed (US), Jumaat 9 pagi
  • Jualan Runcit (UK), Jumaat 5.30 petang
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat