Sentimen Optimis Perdagangan Dijangka Terus Menyokong Dagangan Matawang Asia

250

Setakat sesi Eropah, dolar USD terus diniagakan tinggi berbanding yen disokong oleh sentimen perdagangan AS dan China yang bakal memulihkan kembali pertumbuhan ekonomi global selepas perjanjian fasa pertama ditandatangani.

Penganalisis memberitahu terdapat keraguan mengenai sama ada kedua-dua negara tersebut akan menandatangani perjanjian bersama. Bagaimanapun, dengan pemotongan tarif import oleh China dan kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai perjanjian itu, ia telah meningkatkan kemungkinan bahawa ia benar-benar akan berlaku.

Laporan oleh Mastercard Inc menunjukkan jualan musim cuti Amerika Syarikat meningkat 3.4%, terutamanya disokong oleh jualan dalam talian yang mencatat rekod lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

US dolar meningkat 0.2% berbanding yen, menghampiri paras tertinggi enam bulan yang pernah dicatatkan pada bulan ini.

Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ), Haruhiko Kuroda dalam ucapannya hari ini menunjukkan kesediaan untuk meningkatkan rangsangan monetari dengan mengatakan bahawa bank pusat tidak teragak-agak untuk mengambil langkah pelonggaran dalam dasar monetari jika terdapat kemungkinan besar momentum terhadap inflasi 2% akan hilang.

Matawang Asia iaitu dolar Australia dan dolar New Zealand, kekal diniagakan kukuh di paras tertinggi berbanding USD sementara sentimen positif perdagangan dijangka terus menyokong matawang itu.

Matawang pound didagangkan meningkat berbanding USD dengan sentimen masih dikuasai oleh kebimbangan no-deal Brexit susulan larangan lanjutan dalam tempoh peralihan Brexit oleh PM UK Boris Johnson baru-baru ini menyebabkan peluang untuk mencapai perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU) semakin tipis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat