Sentimen Pasaran Berisiko Dorong Penurunan Rendah EUR/USD Di Awal Minggu

315

Pergerakan harga pada dagangan awal minggu masih suram dengan kebanyakan mata wang utama melemah selain US dolar, dengan mata wang Euro mencatatkan prestasi tercorot di tengah-tengah kebimbangan pengumuman sekatan baru ke atas Rusia.

Walaupun Rusia telah menggerakkan tentera mereka di wilayah utara Ukraine, namun Kyiv telah melaporkan bahawa berlaku pembunuhan beramai-ramai orang awam dan jenayah perang yang menyebabkan rancangan pengumuman sekatan oleh negara-negara barat ke atas Kremlin.

Risiko ketegangan kembali meningkat semula susulan komen Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan bahawa sukar untuk berunding dengan Rusia selepas apa yang mereka lakukan ke atas negaranya.

Justeru, pelabur telah menyaksikan pengukuhan US dolar diteruskan pada dagangan awal minggu ini untuk kembali menambah momentum semula selepas dibantutkan oleh laporan pekerjaan NFP yang agak bercampur.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat menyambung penurunan lebih rendah sehingga ke sesi New York melepasi paras 1.10000.

Paras terendah dicatatkan semalam adalah sekitar 1.09600, iaitu zon support bagi dagangan minggu lalu.

Harga dijangka untuk kekal bergerak dalam trend bearish selepas susut di bawah paras 1.1000 dan masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Jika corak penurunan harga diteruskan, harga dilihat akan menuju ke paras sekitar 1.09000 untuk memaparkan pergerakan trend bearish yang lebih jelas.

Meneruskan penurunan lebih rendah, harga bakal menguji pula zon support pada sekitar 1.08000.

Namun jika kenaikan harga berlaku semula melepasi paras 1.1000, halangan MA50 akan diuji sebelum harga berikan isyarat untuk bergerak dalam trend bullish semula.

Kenaikan harga dilihat bakal menuju sehingga ke paras 1.12000 untuk menguji zon rintangan tersebut sekali lagi selepas gagal menembusinya pada kenaikan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat