Sentimen Pasaran Berisiko, USD/JPY Menjunam Dari Paras Tertinggi 6 Bulan

376

Pergerakan menurun ketara harga pada carta pasangan matawang USD/JPY menjadi antara petunjuk bahawa sentimen pasaran kembali berisiko.

Penyusutan dagangan dolar USD adalah berikutan bacaan data PMI pembuatan ISM diterbitkan lemah. Angka bacaan menunjukkan aktiviti perkilangan di Amerika Syarikat menguncup untuk bulan keempat berturut-turut.

Selain itu juga, kebimbangan pelabur meningkat ekoran kenyataan Presiden AS Donald Trump pada laman Twitter beliau yang menyatakan akan memulihkan semula tarif terhadap Brazil dan Argentina selepas kedua-dua negara tersebut dikatakan sedang aktif mengukuhkan matawangnya berbanding dolar Amerika Syarikat.

Untuk sentimen berisiko pasaran, dagangan safe-haven Yen kembali mengukuh setelah mendapat permintaan tinggi bagi aset pelaburan yang lebih selamat.

Pengukuhan Yen telah menekan harga semula lebih rendah pada carta USD/JPY pada sesi pasaran New York semalam setelah harga mengekalkan corak kenaikan harga sejak dua minggu yang lalu.

Kenaikan harga ke paras tertinggi sejak dagangan Mei pada paras 109.700 yang dicapai semalam kemudiannya telah mencatatkan penurunan drastik hampir 80 pips melepasi paras 109.000 di zon RBS (resistance become support).

Harga menunjukkan kenaikan yang lemah pada sesi pasaran Asia hari ini ke paras 109.200 sebelum dilihat kembali menurun semula bersambung pada sesi pasaran Eropah.

Momentum penurunan harga yang berjaya dikekalkan akan mendorong harga turun lebih rendah berkemungkinan menuju paras tumpuan 108.700.

Penurunan lebih rendah berpotensi kembali mencecah zon support pada 108.300 yang gagal ditembusi harga pada dagangan November.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum menguji semula paras ketinggian pada resistance 109.700.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat