Sentimen Pasaran Dorong Peningkatan Terhadap US Dolar!

427

US dollar didagangkan kukuh berbanding matawang lain pada hari Selasa berikutan peningkatan dalam harga pengeluar yang dilaporkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini.

Jabatan buruh melaporkan bahawa harga pengeluar Amerika telah mencatat peningkatan tertinggi lebih daripada setahun pada bulan Januari berikutan didorong oleh peningkatan dalam kos sektor perkhidmatan seperti kesihatan dan perhotelan.

Indeks harga pengeluar meningkat sebanyak 0.5% pada bulan Januari, bacaan ini merupakan peningkatan terbesar sejak Oktober 2018 selepas 0.2% pada bulan Disember.

Walaubagaimanapun disisi lain, pembinaan rumah A.S jatuh kurang daripada jangkaan pada Januari namun permin pembinaan rumah meningkat ke paras tertinggi 13 tahun lalu.

Pada bulan lepas, bank pusat telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah selepas 3 kali menurunkan kadar faedah pada tahun 2019. The Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah sehingga akhir tahun ini.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 99.502 setakat jam 11.00 p.m.

Disisi lain, matawang pound mencatat pengukuhan berbanding US dolar pada awalnya sebelum menyusut kepada paras $1.956 dengan penyusutan sebanyak 0.32%. Pengukuhan awal didorong oleh jangkaan pasaran bahawa bank pusat UK akan menghentikan hasrat untuk pengurangan kadar faedah bagi meneliti prospek masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat