Sentimen Pasaran Forex Setakat Ini, EURUSD Naik Hampir 90 Pip

110

Matawang euro melonjak semula pada Isnin, tetapi masih jauh di bawah paras tertinggi dua tahun lalu yang dicapai pada awal bulan ini dengan kebimbangan pasaran terhadap komen oleh ECB dalam minit mesyuarat minggu lalu tentang pengukuhan euro.

Dengan data-data yang minima minggu ini, pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada konferens ahli-ahli bank pusat di Jackson Hole minggu ini sama ada terdapat isyarat polisi monetari oleh Gabenor bank pusat utama dunia.

Walaupun dengan potensi pengetatan polisi yang semakin berkurangan disebabkan oleh kemerosotan data-data inflasi dan juga ketidaktentuan politik, namun sebarang komen positif oleh Yellen tentang risiko inflasi perlu diberi perhatian pada Jumaat.

EUR/USD ketika ini telah naik sehingga hampir 90 pip dari paras terendah hari ini 1.1730 setakat pukul 10.38 malam.

Walaupun terdapat kejatuhan sebelum ini oleh euro, ia masih merekod kenaikan 11 peratus tahun ini yang menjadikan euro sebagai matawang paling banyak mengaut keuntungan dalam kumpulan G-10.

“Dengan tiadanya komen dari Mario Draghi, pembelian EUR/USD di paras rendah adalah strategi terbaik berbanding apabila euro berada di paras tinggi,” kata Viraj Patel strategi Forex di ING London.

Presiden ECB Mario Draghi tidak akan memberi komen tentang polisi monetari di Jackson Hole minggu ini, seperti yang dilaporkan oleh dua sumber sebelum ini yang sedikit mengurangkan jangkaan pengurangan rangsangan oleh ECB.

“Dengan pasaran kini menjual US dolar dan pemain pasaran mengetahui majoriti kini menjual US dolar, namun kepantasan pergerakan ke bawah dijangka semakin perlahan,” kata penganalisis di BMO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat