Sentimen Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

671

Matawang dollar USD terus mengukuh pada dagangan Rabu berbanding majoriti matawang utama yang lain menyambung kenaikan pada dagangan semalam setelah aliran pelaburan tertumpu kepada matawang safe-haven berikutan faktor pertumbuhan ekonomi global yang perlahan serta ketegangan perang dagang meningkatkan lagi kebimbangan terhadap para pelabur dalam pasaran semasa. USD terus berada dalam tekanan pada minggu ini setelah komen yang lebih berwaspada dikeluarkan oleh Federal Reserve dan juga data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah mendorong bank pusat untuk memperlahankan tempo proses pengetatan polisi monetari. Namun sentimen pasaran yang kembali berisiko pada dagangan Selasa semalam kembali membuatkan matawang safe-haven US dollar kembali mendapat permintaan sekaligus melonjak dari paras terendah dua minggu.

Perkembangan di zon Eropah pula, krisis belanjawan 2019 masih dilihat belum selesai dengan keyakinan para pelabur semakin pudar seterusnya melemahkan lagi dagangan matawang EURO. Krisis di antara Rom dan Brussels berpotensi untuk memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi di zon Eropah secara keseluruhannya yang mana akan terus memberi tekanan kepada EURO.

Sementara itu, dollar CAD pula menjunam ke paras terendah empat bulan berbanding USD berikutan kejatuhan harga minyak ke paras terendah dalam tempoh melebihi setahun menjelang mesyuarat OPEC pada bulan depan.

Matawang Pound Sterling pula terus didagangkan berisiko dalam pasaran  ekoran pergolakan dalam rundingan Brexit masih terasa dan pelabur masih menjangkakan matawang GBP akan terus mengalami kemerosotan pada nilainya buat waktu terdekat ini. Sterling cuba untuk membuat kenaikan pada dagangan Selasa setelah Gabenor Bank of England, Mark Carney cuba untuk memberi sokongan terhadap pelan Brexit Theresa May dalam ucapannya walau bagaimanpun masih gagal untuk melonjakkn semula keyakinan para pelabur terhadap dagangan GBP. Dengan tempoh jangka masa yang semakin singkat, tekanan akan terus dirasai oleh Perdana Menteri Theresa May untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu Brexit ini yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat