Sentimen Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

374

Matawang dollar USD didagangkan lemah berbanding matawang safe-haven Yen dan Swiss franc pada dagangan Selasa berikutan pelabur yang tidak mahu merisikokan pelaburan mereka pada aset yang berpulangan tinggi yang lebih berisiko ekoran isu penutupan separa kerajaan Amerika Syarikat dan juga tanda-tanda yang menunjukkan konflik di antara White House dan Federal Reserve. USD jatuh 0.39% 110.00 berbanding Yen iaitu paras terendah dicapai sejak pebghujung Ogos dan dijangka akan terus didagangkan lebih rendah berikutan sesi pasaran ditutup sempena perayaan krismas. Presiden Donald Trump membuat kenyataan yang mengatakan masalah ekonomi yang dihadapi adalah berpunca daripada FED kerana mereka tidak memahami pasaran atau perang dagang serta beberapa lagi isu lain. Pada hujung minggu lalu, khabar ingin turut memberi isyarat bahawa Trump sedang merancang untuk melucutkan jawatan Pengerusi FED, Jerome Powell yang menjadi pilihannya sebelum ini, namun pemecatan Powell tidak boleh berlaku begitu sahaja oleh kerana Trump tidak menyukai polisi beliau.

Bercerita mengenai pasaran saham pula, saham Amerika Syarikat jatuh melebihi 2% pada dagangan Isnin sementara harga minyak mentah merosot lebih 6% ekoran kebimbangan para pelabur terhadap konflik yang sedang berlaku dalam politik Amerika Syarikat dan juga prospek kelembapan ekonomi yang bakal dihadapi oleh pasaran global pada tahun hadapan. Sehari selepas spekulasi pemecatan Pengerusi FED Jerome Powell, Presiden Trump sekali lagi mengkritik Federal Reserve dengan mengatakan bahawa FED adalah antara punca kepada masalah ekonomi AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat