Sentimen Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

941

Antara matawang yang paling lemah sejak semalam adalah matawang US Dolar dimana indeks USD didagangkan pada paras terendah sejak dua minggu lalu. Hal ini berlaku kerana komen yang berhati-hati oleh pegawai-pegawai Federal Reserve (FED) mengenai ekonomi Amerika Syarikat bahawa bank pusat mungkin menghampiri kitaran akhir dalam dasar monetari pengetatan.

Walaupun minggu ini adalah minggu cuti bagi warga negara Amerika Syarikat berikutan minggu kesyukuran, namun pergerakan matawang USD jatuh ketara berbanding Euro, Swiss Franc dan Yen selepas terdapat kemerosotan di dalam pasaran saham global. Secara asasnya, tidak banyak data utama dalam kalendar AS pada minggu ini dan indeks pasaran perumahan NAHB yang melemah semalam digunakan sebagai alasan oleh pelabur untuk terus menjual Dolar.

Sementara itu, matawang Euro terus melonjak akibat kelemahan US Dolar yang ketara walaupun data Baki Akaun Semasa Zon Eropah menunjukkan penurunan. Pada Jumaat ini, data PMI akan dikeluarkan untuk zon Eropah dan jangkaan pasaran mencadangkan bahawa ekonomi Eropah adalah semakin perlahan.

Dalam perkembangan di Britain pula, GBP mengukuh buat hari kedua berturut-turut atas faktor sentimen Brexit. Perdana Menteri Theresa May masih berusaha untuk mendapatkan perjanjian yang diluluskan oleh Parlimen. Tambahan lagi, setiausaha Brexit yang baru David Davis berkata bahawa surat undi tidak percaya belum lagi mencapai 48 surat setakat ini. Tetapi masih lagi terdapat risiko yang besar di dalam isu Brexit ini.

Berbeza dengan matawang Eropah, semua 3 matawang komoditi didagangkan lebih rendah berbanding US Dolar. AUD dan NZD antara matawang yang memulakan dagangan yang lemah pada permulaan minggu ini selepas pertikaian antara AS-China menghalang penyelesaian yang positif dalam mesyuarat APEC pada hujung minggu lepas. Matawang CAD pula bertambah sengsara selepas harga minyak mintah terus didagangkan rendah selepas Presiden Iran Rouhani tetap komited untuk mengesport minyak walaupun terdapat sekatan terbaru Amerika Syarikat terhadap Iran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat