Sentimen Pasaran Global Jejas Ringgit dan Bursa Tempatan

183

Perkembangan risiko geopolitik yang tidak menentu telah memberi impak kepada pasaran kewangan dengan ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dolar AS yang juga turut terkesan akibat penurun harga minyak dunia.

Mata wang ringgit merosot pada 4.1830/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1830 ketika ditutup semalam.

Memetik kepada laporan Bernama yang menyebut kata seorang peniaga bahawa sentimen pasaran global mendatar kesan daripada pertikaian perdagangan yang masih tidak berpenghujung hingga membawa impak negatif kepada pasaran dunia, khususnya terhadap negara membangun.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain iaitu berbanding dolar Singapura pada 3.0395/0422 dan lemah berbanding yen Jepun pada 3.9064/9103. Selain itu, mata wang tempatan turut susut berbanding pound Britain dan euro dengan masing-masing pada 5.2200/2241 dan 4.6042/6088.

Bursa tempatan menyertai pasaran Asia untuk memulakan sesi dagangan hari ini dengan dibuka rendah pada 1,592.10 iaitu susut sebanyak 0.23 mata. Saham Asia turut terkesan oleh prestasi semalaman di Wall Street berikutan pergolakan politik di Amerika Syarikat (AS).

Saham Asia susut selepas pengumuman siasatan ke atas Presiden AS, Donald Trump yang telah meningkatkan prospek ketidakpastian politik yang berpanjang dalam ekonomi negara itu, menurut Reuters.

Antara saham yang mengalami kerugian di bursa tempatan adalah Hong Leong Bank, Public Bank, British American Tobacco (BAT), Press Metal Bhd, George Kent dan Maxis manakala saham Nestle, Dutch Lady dan MAHB memperoleh keuntungan pada sesi dagangan pagi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat