Sentimen Pasaran Kekal Berwaspada, Tuntutan Pengangguran AS Dijangka Melonjak

443

Tekanan daripada wabak pandemik coronavirus terus membelenggu sentimen pasaran dengan kes jangkitan yang direkodkan setakat ini telah meningkat kepada 468,905 manakala angka korban sebanyak 21,200 di seluruh dunia.

Peningkatan terbesar dalam kes berlaku di Eropah dan Amerika, di mana angka kematian di Sepanyol kini telah melebihi China dengan tambahan 783 korban dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah setakat ini naik kepada 3,647 dan 49,515 kes.

US dolar diniagakan menyusut berbanding safe-haven yen menjelang penerbitan data yang dijangka menunjukkan lonjakan dalam tuntutan faedah pengangguran AS berikutan penularan COVID-19 telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.

Kelemahan US dolar dimanfaatkan oleh matawang euro untuk terus didagangkan meningkat walaupun indeks iklim perniagaan Ifo Jerman bagi bulan Februari mencatat kejatuhan paling teruk sejak 2009 iaitu dengan bacaan 86.1 daripada 87.7 pada Januari.

Matawang pound kembali diniagakan meningkat selepas jatuh berbanding US dolar disebabkan kebimbangan yang berterusan bahawa UK tidak cukup bersedia untuk menangani peningkatan dalam kes coronavirus.

Kadar inflasi UK bagi bulan Februari yang diterbitkan semalam, menepati jangkaan pasaran untuk menyusut sedikit kepada 1.7% daripada 1.8% pada Januari, didorong oleh kejatuhan dalam harga bahan api.

Bagaimanapun, bacaan inflasi tersebut masih tidak menunjukkan kesan sebenar coronavirus memandangkan pada ketika itu kes di luar negara masih kecil berbanding di China.

Sementara itu, dolar Aussie dan New Zealand pula kembali mencatatkan penurunan berbanding US dolar ketika pelabur mencuba untuk tidak mengambil risiko yang berlebihan.

Tumpuan pasaran kini tertumpu kepada undian ke atas rang undang-undang pakej rangsangan AS $2 trilion yang akan diadakan penghujung minggu ini selepas mereka dilaporkan telah mencapai kesepakatan untuk menandatanganinya semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat