Sentimen Pasaran Kembali Meningkatkan Selera Pelabur Terhadap Aset Berisiko

580

Matawang Pound Sterling naik ke paras satu minggu pada permulaan minggu ini apabila para pelabur dilihat bersedia untuk menghadapi risiko kepada undian peringkat Parlimen Britain mengenai perjanjian Brexit Theresa May. Bukan itu sahaja, kekuatan Pound juga didorong oleh kelemahan ketara matawang Dolar atas faktor pemulihan sentimen pasaran sejak Jumaat.

Beralih kepada AS Dolar pula, matawang ini didagangkan merosot berbanding matawang utama yang lain selepas komen yang bernada dovish daripada Pengerusi Jerome Powell serta prospek yang optimis terhadap perbincangan perdagangan yang terbaru antara AS-China telah meningkatkan selera pelabur untuk mencari aset yang berisiko.

Pelabur berharap kedua-dua negara ini akan mencapai persetujuan perdagangan menyeluruh sebelum berakhirnya gencatan senjata 90 hari. Amerika Syarikat dan China mempunyai masa sehingga 1 Mac ini untuk mencapai perjanjian yang terbaik kerana selepas 90 hari ini, Presiden Donald Trump telah berjanji untuk meningkatkan tarif sebanyak 25% daripada 10% kepada $200 bilion barangan import China.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.24% setakat 7:30 petang ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini menaik 0.39%, dimana GBP/USD di dagang tinggi 0.13%. USD/JPY pula melemah 0.13% dengan USD/CAD didagang 0.04% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang merosot pada 0.40%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.17% dan 0.39%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat